Yay..Rome!

Posted: April 11, 2011 in Insentif Percutian
Tags: , ,

Salam semua. Lame dah tak update blog ni, almaklum lah sibuk sikit kebelakangan ni. So today i want to share with you guys out there some interesting information, it is about our latest free holidays. Kali ini syarikat telah menawarkan insentif pelancongan secara percuma ke ROME. Yup, ROME anda tak salah baca. Sepatutnya rancangan asal syarikat utntuk menawarkan percutian ke Venice. Tetapi atas sebab di Venice wanita bertudung tidak dibenarkan masuk, so terpaksalah tukar haluan ke ROME. Kalau tak dah boleh melancong kat bandar atas air. Tapi tidak mengapa, ROME juga memang destinasi yang menarik untuk dilawati, kerana banyak tempat-tempat bersejarah di sana seperti Coliseum. Aku pun tak berapa pasti tempat-tempat yang menarik di sana, so kita layan ja video di bawah.

Cantik, menarik, tertarik, kau memang de boom. Bila lagi kita berpulang nak lihat keajaiban dunia. Melainkan kita ini anak, bini kepada Tan Sri atau Datuk. Bagi aku ini sahaja peluang yang aku ada untuk melancong ke negara orang. So, kalau anda berminat dan ingin tahu bagaimana anda boleh melancong ke Rome secara percuma silah lah tinggal kan persoalan anda di ruang komen di bawah atau terus hubungi aku.

P/S: Kami masih menunggu tarik rasmi bila insentif ini akan bermula. So keep update with us.

Ni aku nak cita kat hang pa semua ni pasal customer aku yang sorang ni, Akak Sharifah Habsah. Ni gara-gara penangan Herba Maharani punye pasal lah ni.

Kak Pah kita ni ada complain kt college die pasal masalah die nyer rotation kekadang tak ikut schedule dan sakit-sakit sendi yang dah lame die hidapi sejak jadi ibu ni. So college die ni Chinese, suggest kat die cube try herba cina yang die amal kan and you guys know what herbs she use? Of cause Herba Maharani atau Te Zi Bai Feng Wan. Nak terbeli lidah nak nyebut nya.

Nak dijadikan cerita Kak Pah kita ni tau yang aku wat perniaggan ni, so die tanye aku ada tak herba maharani sebab die nak cube mane tau berkesan ka. Maka bermula lah perjalanan herba maharani bersama Kak Pah kita ni. Tapi adakah ia berkesan?

Lepas ja cuba herba ni Kak Pah terus inform aku yang masalah rotation die dah kembali normal dan sakit-sakit sendi die dah ok ckit dan flow darah die pun dah lancah. Yang menariknya die mention yang die nak teruskan gune herba ni dan siap promote dengan member die lagi tu. Sebab bagi die this is truly magnificent herb for woman. Yes this is Maharani Herb.

To all woman out there yang ada masalah seperti Kak Sharifah kita ni cuba lah Herba Maharani. InsaAllah berkesan, yang penting kita berusaha Allah juga yang menentukan.

Mari Makan Asam Pedas

Posted: March 22, 2011 in Information
Tags:

Kali ni aku nak share pasal makan pulak. Kalau you guys singgah, terlajak atau tersesat ke Melaka jangan lupa singgah makan Asam Pedas original from Melak. Rugi kalau tak makan. Resepi istimewa Melaka ni. Ok, port yang aku nak suggest ni kat Kota Laksamana. Name kedai tu Asam Pedas Claypot. Kalau tanya penduduk tempatan mesti dorang tau. Kedai ni memang terkenal.

IMG_0449

Nak tau sedap ke tak masakan kat kedai ni tengok je berapa ramai umat manusia yang datang makan, siap pelancong asing pun layan makan kat situ.

IMG_0448

IMG_0451

Menu istimewa kat kedai ni

1. Asam pedas ikan pari

2. Asam pedas ikan parang

3. Asam pedas ikan tenggiri

4. Asam pedas ikan kembong

Satu set makanan termasuk nasi putih, sambal belacan dan telur masin.

IMG_0453

IMG_0452

IMG_0454

Asam Pedas Ikan Tenggiri

IMG_0455

Asam Pedas Ikan Pari

IMG_0450

Otak-Otak

Over all, asam pedas kat kedai ni memang the best yang pernah aku rasa. Memang berbaloi sangat dengan harganya.

Untuk maklumat lanjut pasal kedai ni you guys boleh layan FB Asam Pedas Claypot, click je link ni https://www.facebook.com/pages/Kota-Laksamana-Asam-Pedas-Claypot-Melaka/285043058131

So kalau you guys ada port asam pedas yang lain silalah kongsi dengan aku. Sebab aku ni pengemar asam pedas. Nyum..Nyum..

Pelik tapi benar. Ini lah hasil usaha seorang usahawan yang berjaya. InsaAllah, satu hari nanti aku pun akan ikut jejak langkah beliau. Anda pun boleh juaga. Layan!!

Hanis jana pendapatan 6 angka
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my
2011/03/17

ANTARA koleksi beg tangan dan kasut mewah yang dimiliki.

ANTARA koleksi beg tangan dan kasut mewah yang dimiliki.

Jual korset penuhi minat kumpul beg, kasut mewah 

PERNAH menyalahkan keputusan ibu bapa membenarkan dia berkahwin sebelum menamatkan pengajian di kampus dan lebih menambah tekanan, dia disahkan hamil anak pertama sejurus selepas pernikahan.

Akui Hanis Haizi Abdul Hamid, ketika berkahwin, usianya baru memasuki angka 22 manakala suami, Razali Mohamed Zain, 25.

“Betul seperti dikata, orang muda memang tidak matang dan disebabkan hanya suami yang mencari rezeki, kehidupan kami sekadar cukup untuk hidup saja. 


“Namun begitu, keinginan memiliki barangan peribadi berjenama memang tinggi memaksa saya berhutang kad kredit malah saya pernah memiliki hingga lapan kad pada satu masa,” katanya memulakan bicara. 

Kata Hanis Haizi, keluarga mengambil keputusan untuk tidak campur tangan dalam urusan rumah tangganya tapi apabila melihat adik-beradik lain hidup senang, dia juga teringin sehingga memaksanya berhutang. 

“Bagaimanapun, ketika sedang hamil anak kedua, barulah saya tergerak hati untuk berubah demi meringankan beban suami dan juga bagi memenuhi cinta saya terhadap barangan berjenama,” katanya jujur. 
Kini, Hanis Haizi bukan lagi manusia kalah yang hidup dibebani hutang malah semua kad kredit yang dulunya menjadi ‘nyawa’ untuknya sudah diganti kad debit. 

Segala-galanya bermula pada awal 2009 ketika ibu muda berusia 27 tahun itu nekad mencari kerja. Bagi menenangkan perasaannya ketika itu, wanita yang senang disapa sebagai Hanis itu turut melakukan solat istikharah, meminta petunjuk daripada Yang Maha Kuasa. 

“Besar kuasa Allah kerana selang empat hari selepas itu, seorang rakan menghubungi dan memperkenalkan saya kepada perniagaan korset Premium Beautiful (PB) Hai-O. 

“Berbekalkan modal sebanyak RM20,000 yang dipinjam daripada ibu, saya nekad memasarkan PB secara dalam talian sejak dua tahun dulu,” katanya. 

Membanggakan, dalam tempoh singkat, Hanis bukan setakat mampu tapi hidup mewah dengan pendapatan mencecah RM150,000 sebulan malah berpeluang mengumpul koleksi kasut dan tas tangan jenama mewah bagi memenuhi hobinya sebelum ini. 

“Bulan pertama, saya mendapat keuntungan jualan sebanyak RM3,000 dan tanpa berlengah, saya tempah sepasang baju rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini berharga RM1,500 sebagai motivasi untuk diri sendiri manakala selebihnya disimpan,” katanya. 

Sejak mula terbabit dalam jualan langsung juga, Hanis menetapkan senarai impiannya. Antaranya, mahu sebuah kereta, rumah sendiri, himpunan tas tangan mewah dan melancong ke Tokyo, Jepun. 

“Selama berkahwin, ke sana ke mari hanya dengan kereta Proton Wira berusia lebih 10 tahun dan menjadi impian saya untuk memiliki sebuah kereta yang selesa. 

“Syukur kerana dalam tempoh setahun, saya mampu mencapai semua impian berkat doa serta dorongan suami dan keluarga,” katanya. 

Sesiapa yang mengikuti blog wanita ini pastinya tahu tahap ‘kegilaannya’ terhadap tas tangan serta kasut jenama mewah dan akui Hanis, pembelian koleksi mahal itu, ‘habuan’ tanda motivasi untuk setiap jualan yang berjaya dilakukan. 

Dek kerana itu, Hanis akan memastikan dia membeli sekurang-kurangnya tiga atau empat tas tangan jenama mewah setiap bulan. Bukan calang-calang jenama kerana himpunan tas tangannya adalah daripada jenama mewah seperti Chanel, Prada, Chloe, MiuMiu, Burberry dan Marc Jacobs. 

“Saya suka berangan bergelumang hidup dengan barangan mewah sejak dulu. Suka menonton rancangan realiti Keeping Up with the Kardashians kerana gemarkan fesyen dan kecantikan. 

“Kecintaan terhadap dunia kecantikan jugalah yang meletakkan saya di tahap sekarang. Boleh dikatakan, saya berniaga kerana ingin memenuhi hobi memiliki barangan berjenama,” katanya sambil membelek tas Chanel Maxi Caviar kesayangannya. 

Sejak 2010, Hanis turut mengumpul koleksi kasut dan sehingga kini, koleksi Salvadore Ferragamo menjadi kegilaannya. 

“Dulu, ketika tidak berduit, saya fikir tidak sanggup berhabis membeli kasut berharga ribuan ringgit yang sudahnya hanya dipakai di kaki tapi apabila sudah ‘terbeli’, saya jatuh cinta kerana kehalusan kerja dan keselesaan. 

“Dalam perniagaan juga, barangan berjenama memainkan peranan penting yang dapat mengubah persepsi awal pelanggan apabila bertemu malah kita sendiri pun rasa yakin,” katanya ramah. 

Bergelar Crown Diamond Manager (CDM) Premium Beautiful tidak semudah yang disangka malah dia menolak andaian, semua yang menyertai perniagaan MLM bakal bergelar jutawan dalam tempoh singkat. 

“Tanam dalam hati, tiada benda yang mustahil. Platform MLM senang untuk diceburi kerana produk sudah sedia ada malah perniagaan juga dimulakan dengan bertunjangkan pemimpin yang sedia mencurahkan segala ilmu dan tunjuk ajar. Saya tidak mempunyai ramai rakan karib tetapi berusaha memasarkan produk di blog,” katanya. 

Cerita lulusan Kejuruteraan Awam, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ini lagi, pahit manis sebelum menikmati indahnya kejayaan akan sentiasa dijadikan iktibar untuknya terus memajukan diri. 

“Saya pernah menangis di depan suami apabila pelanggan pertama tidak jadi membeli PB selepas penat menerangkan kelebihan produk ini. Ada juga teman sekampus mencemuh apabila tahu saya menyertai MLM malah tidak kurang juga beranggapan saya tidak berpelajaran tinggi, kerana itu menyertai MLM. 

“Pernah juga pergi dari rumah ke rumah untuk memasukkan risalah mengenai PB dalam setiap kotak pos serta menyelitkan risalah sama di akhbar. 

“Kata-kata semangat daripada suami mendorong saya mengharungi asam garam itu dan saya anggap segala kepayahan itulah banyak mengajar saya untuk menjadi orang berjaya hari ini,” katanya. 

Buktinya, perniagaan korsetnya kini tersebar luas bukan setakat di kalangan wanita tempatan malah dia mengakui turut menerima pesanan PB daripada pelanggan di United Kingdom, Jerman, Australia, Brunei, Asia Barat, Eropah dan Jepun. 

Kini, impian anak kepada pasangan Datuk Abdul Hamid Mohd Ali dan Datin Kasmah Hashim ini adalah untuk mewujudkan jaringan rakan kongsi yang lebih luas. 

“Saya tidak mahu dikatakan menumpang kemewahan keluarga dan saya juga tidak mahu berjaya seorang diri. Impian saya, melihat lebih ramai pemimpin berjaya lahir di bawah CDM Hanis Haizi dan lebih penting, tahun ini, saya berazam untuk memiliki simpanan sebanyak RM1 juta ringgit,“ katanya penuh semangat. 

PROFIL: Hanis Haizi Abdul Hamid 
Kerjaya: Ahli perniagaan MLM 
Kelulusan: Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) 
Suami: Razali Mohamed Zain (Jurutera Teknologi Maklumat) 
Anak: Muhammad Hariz Rifqi, tiga tahun setengah dan Muhammad Haikal Razik, setahun. 
Laman web: http://www.hanishaizi.com 

Laporan asal: Berita Harian

Seminar Jom Hong Kong

Posted: February 24, 2011 in Information
Tags: ,

Satu seminar telah diadakan di Hotel Ancasa, MITC Melaka pada 13 Feb 2011. Seminar dianjurkan oleh CDM-CDM hebat dari Melaka dan Johor. Seminar dianjurkan semperna Insentif Percutian Ke Hong Kong.
Pada awalnya, seminar dibuka untuk 200 orang peserta tetapi seramai 430 usahawan dari serata semenanjung telah hadir untuk memeriahkan majlis. Memang gempak semua usahawan-usahawan ni, jom layan.

This slideshow requires JavaScript.

My Dream Car

Posted: February 19, 2011 in Information
Tags: ,

Just want to share with you guys about my dream car. Bukan apa, sekadar buat motivasi untuk diri aku juga. Kereta dan lelaki memang tak boleh dipisahkan macam aur dan tebing, laut dan pantai. Kereta ibarat maruah seseorang lelaki. Setiap lelaki di luar sana mesti ada kereta impian masing-masing. Kalau tak ada anda patut check diri anda, adakah anda seorang lelaki atau hanya pada luaranya sahaja. Walaupun aku dah memiliki seekor Dugong Putih, tetapi aku masih mengimpikan kereta yang lain. Bukan apa, untuk upgrade diri sendiri. So, tanpa membuang masa meh kita layan kereta impian aku.

Yup, my dream car is The New Passat CC. Sekali pandang, perhhh.. Mengancam betul bentuk die. Tak macam model Passat yang sebelum ni.

Minat betul aku dengan design kereta VW sekarnag. Memang bentuk semua kereta VW dan berubah wajah. Tapi apa yang buat aku tertarik dengan kereta ini adalah bentuk belakang makhluk ni. Memang mantap.

Dah lah bentuk macam ni, enjin die tak payah dipertikaikan lagi lah, 2.0-liter TSI dan DSG dual-clutch transmission.

Ni belum tengok design dalam kereta ni lagi. Cukup kemas dan cantik.

Memang kereta ini buat aku termimpi-mimpi tiap kali nak tido. Kalau jumpa kat jalan mesti aku kejarnya.

So, dengan usaha yang berterusan insaAllah kereta ini bakal menjadi milik aku. Hehe..

Apa yang hebat sangat?Kenapa PB? Kenapa bukan produk lain? Soalan macam ini biasa saya terima dari bakal pelanggan saya. Biasalah sebelum kita jual sesuatu produk, mestilah terlebih dahulu kita ceritakan tentang kelebihan produk tersebut.

Ada tiga sebab kenapa saya pilih PB sebagai produk untuk saya berniaga dan untuk saya sarankan kepada wanita-wanita di luar sana yang mengidamkan kesihatan yang unggul dan bentuk tubuh yang menawan.

1. Super Brands Award
PB telah memperoleh Super Brands Award dari Super Brands Malaysia, sebuah organisasi berkecuali. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang organisasi ni silalah kunjungi laman web organisasi berkenaan.
superbrands-2010
Super Brands Award ni dianugerahkan kepada sesuatu produk yang berkualiti dan tidak pernah mendapat komplen atau rungutan dari pelanggan selama 3 tahun berturut-turut. So sudah terang  lagi bersuluh PB ni memang produk yang berkualiti.

2. Life Time Warranty
Sebab kedua ni lah yang buat saya betul-betul yakin dengan PB. Mana taknya, jaminan seumur hidup. Pakai sampai bila-bila, siap boleh wariskan kat anak atau cucu kita.
Certificate SEAL
Jika terdapat sebarang masalah dengan PB ni contoh koyak ka, cangkuk tercabut ka kita boleh hantar untuk dibaiki. Kalau kerosakan tu teruk sangat, ia akan diganti dengan PB yang baru. So memang tak rugi lah beli, “Biar alah membeli ttp puas memakai”. Anda hanya perlu beli satu set dan bleh dipakai sepanjang hayat anda. Tak bagus gitu???

3. 100% Satisfaction Guarantee
100__Satisfaction_Guarantee__logo
PB ada Super Brands dan Life Time Warranty, mestilah kepuasan anda memakainya dijamin 100%. Selama saya menceburkan diri dalam perniaagaan ini belum pernah lagi pelanggan saya tidak berpuas hati dengan PB. Selalunya komen yg memberangsangkan.

Ternyata PB adalah satu produk yang bagus dan berkualiti. So anda di luar sana apa tunggu lagi. Jangan tunggu lama-lama. Cuba sendiri dan alami kebaikannya..